Ramai di antara kita yang beranggapan Facebook seperti laman sosial biasa sahaja namun hakikatnya Facebook di Malaysia sahaja telah menimbulkan banyaj kontroversi kepada negeri dan institusi kekeluargaan. Malah ada yang bergaduh sesama rakan kerana tidak menjaga etika sebenar. Tetapi jika kita tahu apa perkara yang tidak patut dilakukan di Facebook, mungkin kita boleh hidup harmoni di Facebook. Ikuti 9 perkara yang jangan di buat di Facebook di bawah:
1. Jangan menulis di Wall sesiapapun yang boleh menyebabkan orang tu naik angin dengan anda.
- Posting seperti ‘Lama tidaknampak kamu’ atau ‘Selamat Ulang Tahun’ dikira biasa dan takpelah. Namun, posting seperti ‘Hei, semalam aku nampak kau keluar dating tapi tak nampak pun perempuan tu cam awek kau’. Selalu ingat bahawa Wall di Facebook mempunyai telinga..
2. Jangan jadi Facebook Whore.
- Facebook Whore adalah ada mempunyai 1000 teman di Facebook tetapi anda cuma mengenali 10 orang sahaja daripada mereka di kehidupan yang nyata. Nampak anda seorang yang sangat desperate. Lebih desperate lagi jika 60% dari 1000 orang tu adalah awek-awek cun yang anda tak pernah kenal.
3. Jangan kongsikan setiap benda dalam hidup anda.
- Tidak semua orang yang tertarik kepada kehidupan anda. Jika anda mandi dan kemudian beberapa saat berikutnya, anda memotong kuku. Jangan berkongsi setiap hal kecil dalam hidup anda.
4. Jangan tunggu beberapa hari untuk approve friend request kerana anda tidak mahu mereka berfikir bahawa anda surfing Facebook 24 / 7.
- Sebenarnya senang untuk menyemak sama ada anda sedang online atau tidak. Jadi approve sahaja sekurangnya, anda dapat mengurangkan malu anda.
5. Jangan add boss anda di Facebook
- Ini amat penting sekali. Anda mesti tak mahu Boss anda tahu yang anda sedang bermain Mafia Wars atau UNO ketika waktu berkerja bukan? Jika anda add juga, mungkin Boss anda akan buat surprise di Wall anda. Its so scary…
6. Jangan create group Facebook yang bodoh dan biol.
- Sebagai contoh group yang biol, ‘Kita boleh mencegah Global Warming (pemanasan global) jika kita mempunyai ahli lebih 1, 000, 000, 000! Join us! ‘ Ini sangat-sangat bodoh. Sila faham bahawa Facebook tidak boleh menyelamatkan dunia.
7. Jangan tukar relationship status anda setiap hari.
- Bayangkan status anda hari ini single, esok in a relationship, lusa in engagement, tulat married. Kemudian single semula. Apa yang anda cuba sampaikan?!
8. Jangan posting ayat-ayat romantik anda di Wall kekasih anda.
- Ayat seperti ‘I love u 1314 1314 1131412512895′ atau menulis lirik lagu rock zaman dulu kala, hanya kau kekasihku akan menyebabkan orang dan rakan-rakan anda meluat dan terasa nak muntah.
9. Jangan upload gambar baru anda setiap minit.
- Orang tak pernah berminat dengan progress bagaimana rambut anda tumbuh atau style rambut baru anda yang anda cuba dengan gel di dalam bilik anda.
No comments:
Post a Comment