Kesan-kesan Berhenti Merokok :
Pada 20 minit Berhenti Merokok:
* Tekanan darah mula menurun.
* Nadi menurun.
* Suhu badan pada tangan dan kaki meningkat
Pada 6 jam:
* nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal
* tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.
Pada 8 jam :
* Tahap karbon monoksida dalam darah menurun.
* Tahap oksigen dalam darah kembali normal.
Pada 24 jam :
* Peluang untuk mendapat serangan jantung menurun.
* karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari
tubuh,
* membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh.
* Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.
Pada 48 jam :
* Deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati
kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok.
* Deria menghidu akan pulih seperti sediakala.
* Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.
Pada 2 - 3 minggu :
* Peredaran darah di badan bertambah baik.
* Peningkatan stamina.
* Fungsi paru-paru bertambah baik.
Pada 2 bulan :
* peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi
seperti jejari tangan dan kaki (termasok alat sulit lelaki) menjadi lebih efisien.
Pada 3 bulan :
* kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur (tak perlu tongkat ali)
Adakah Berbaloi Untuk Berhenti Merokok?
* Risiko kesihatan akan menurun secara mendadak.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit paru-paru sama seperti bukan perokok.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit jantung koronari adalah sama seperti orang tidak merokok.
* Berhenti Merokok akan memperbaiki simptom-simptom penyakit asma, amfisema dan jantung koronari.
* Berhenti Merokok sebelum pertengahan umur akan mengurangkan risiko kesihatan sama
seperti bukan perokok.
^^Terima Kasih yang memberi Maklumat tentang kebaikan Berhenti Merokok nie
^^AKU DAH BERHENTI MEROKOK KAMU BILE LAGI !!!
wah....dah insaf lah tue...
ReplyDeletebaguih..baguih...
nnti badan tu makin 'SIHAT' la
muahahahaha
perkataan insaf tue yg xtahan tue..hahaha
ReplyDeleteasal 'SIHAT' akak besarkan????
ReplyDelete