Google
 

Saturday, December 4, 2010

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki

Aku rasa kempen menghentikan gangguan seksual terhadap lelaki ni dah banyak. Bersepah-sepah di blog dan Facebook. Tapi demi menghangatkan kempen ini aku nak juga publishkan disini. Kepada wanita di luar sana. Korang yang berpakaian seksilah punca nafsu lelaki naik dan banyak masalah sosial berlaku. Jika korang semua tutup apa yang patut maka aku yakin gejala sosial boleh dikurangkan.

Ini tidak, keluar rumah jer terus naik nafsu 10%. Pandang kiri naik 10% lagi pandang kanan naik lagi 10%. Hahaha. Lama-lama mana boleh tahan. Meletup juga akhirnya. Bersopan santunlah sempena Ramadhan ini.

9 Perkara Tidak Patut Dilakukan di Facebook

Ramai di antara kita yang beranggapan Facebook seperti laman sosial biasa sahaja namun hakikatnya Facebook di Malaysia sahaja telah menimbulkan banyaj kontroversi kepada negeri dan institusi kekeluargaan. Malah ada yang bergaduh sesama rakan kerana tidak menjaga etika sebenar. Tetapi jika kita tahu apa perkara yang tidak patut dilakukan di Facebook, mungkin kita boleh hidup harmoni di Facebook. Ikuti 9 perkara yang jangan di buat di Facebook di bawah:

1. Jangan menulis di Wall sesiapapun yang boleh menyebabkan orang tu naik angin dengan anda.

  • Posting seperti ‘Lama tidaknampak kamu’ atau ‘Selamat Ulang Tahun’ dikira biasa dan takpelah. Namun, posting seperti ‘Hei, semalam aku nampak kau keluar dating tapi tak nampak pun perempuan tu cam awek kau’. Selalu ingat bahawa Wall di Facebook mempunyai telinga..

2. Jangan jadi Facebook Whore.

  • Facebook Whore adalah ada mempunyai 1000 teman di Facebook tetapi anda cuma mengenali 10 orang sahaja daripada mereka di kehidupan yang nyata. Nampak anda seorang yang sangat desperate. Lebih desperate lagi jika 60% dari 1000 orang tu adalah awek-awek cun yang anda tak pernah kenal.

3. Jangan kongsikan setiap benda dalam hidup anda.

  • Tidak semua orang yang tertarik kepada kehidupan anda. Jika anda mandi dan kemudian beberapa saat berikutnya, anda memotong kuku. Jangan berkongsi setiap hal kecil dalam hidup anda.

4. Jangan tunggu beberapa hari untuk approve friend request kerana anda tidak mahu mereka berfikir bahawa anda surfing Facebook 24 / 7.

  • Sebenarnya senang untuk menyemak sama ada anda sedang online atau tidak. Jadi approve sahaja sekurangnya, anda dapat mengurangkan malu anda.

5. Jangan add boss anda di Facebook

  • Ini amat penting sekali. Anda mesti tak mahu Boss anda tahu yang anda sedang bermain Mafia Wars atau UNO ketika waktu berkerja bukan? Jika anda add juga, mungkin Boss anda akan buat surprise di Wall anda. Its so scary…

6. Jangan create group Facebook yang bodoh dan biol.

  • Sebagai contoh group yang biol, ‘Kita boleh mencegah Global Warming (pemanasan global) jika kita mempunyai ahli lebih 1, 000, 000, 000! Join us! ‘ Ini sangat-sangat bodoh. Sila faham bahawa Facebook tidak boleh menyelamatkan dunia.

7. Jangan tukar relationship status anda setiap hari.

  • Bayangkan status anda hari ini single, esok in a relationship, lusa in engagement, tulat married. Kemudian single semula. Apa yang anda cuba sampaikan?!

8. Jangan posting ayat-ayat romantik anda di Wall kekasih anda.

  • Ayat seperti ‘I love u 1314 1314 1131412512895′ atau menulis lirik lagu rock zaman dulu kala, hanya kau kekasihku akan menyebabkan orang dan rakan-rakan anda meluat dan terasa nak muntah.

9. Jangan upload gambar baru anda setiap minit.

  • Orang tak pernah berminat dengan progress bagaimana rambut anda tumbuh atau style rambut baru anda yang anda cuba dengan gel di dalam bilik anda.

Teknik Mengurut Buah Dada Wanita Melayu (18SX)

Kita sedia maklum bahawa payu dara atau buah dada wanita adalah salah satu tempat yang sensitif dan boleh memberikan ransangan kepada wanita jika kena caranya.
Urutan payu payu dara yang betul akan mencantikkan payu dara. Selain meransang, urutan pada payu dara atau buah dada boleh memberikan manfaat lain kepada wanita. Teknik urutan payu dara atau buah dada yang betul akan membentuk dan menegangkan payu dara atau buah dada wanita.

Sebelum memulakan urutan pada payu dara pasangan anda, pastikan tangan anda telah dibasuh dan berada dalam keadaan bersih. Anda boleh menggunakan minyak atau krim, seperti Minyak Zaitun atau Minyak Bayi (Baby Oil). Minyak atau krim yang wangi juga boleh menambahkan ransangan seks semasa proses urutan payu dara dilakukan.

Berikut ialah teknik urutan payu dara atau buah dada yang disyorkan,

1.Sapu minyak atau krim pada tangan dahulu, diikuti dengan sapuan pada payu dara pasangan anda. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payu dara.

2.Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payu dara pasangan anda.

3.Elakkan minyak atau krim terkena puting buah dada.

4.Setelah minyak atau krim meliputi payu dara pasangan anda, mulakan urutan pada payu dara kanan dahulu.

5.Tekan jari perlahan-lahan pada buah dada dengan gerakan ke atas sehingga menghampiri puting buah dada .

6.JANGAN GELOJOH.

7.Ulangi sehingga 3 atau 5 kali kemudian beralih kepada buah dada sebelah kiri.

8.Lakukan selingan antara buah dada kanan dan kiri berulang-ulang kali.

9.Lakukan urutan serentak pada kedua-dua buah dada dengan menggunakan teknik tadi.

10.Setelah memastikan pasangan anda teransang (puting buah dadanya sudah keras atau pun naik ke atas), sentuh kedua-dua tangan dan pekup payu dara bahagian bawah pasangan anda.

11.Urut dengan putaran mengikut arah jam dengan gerakan menaik ke arah puting.

12.Pastikan anda tidak menyentuh puting buah dada pasangan anda.

13.JANGAN GELOJOH.

14.Ulangi langkah-langkah ini sehingga pasangan anda benar-benar teransang.

Monday, September 6, 2010

Allah Basuh Umat Nabi

Sepertimana Tsunami 2004 telah membawa air bah yang besar dari laut untuk membasuh Atjeh dari maksiat, kealpaan dan kegaganasan, nampaknya air bah yang melanda Pakistan kini sedang memberi kesan yang sama. Saya bertemu dengan seorang pembesar dari Atjeh baru-baru ini yang memberitahu saya bahawa peristiwa tsunami benar-benar menakutkan dan mengingatkan mereka tentang siapa sebenarnya Allah, dan telah membersihkan buminya dari segala macam penyakit yang telah melanda bumi yang sekitika dahulu merupakan nur cahaya keIslaman serta keMelayuan yang merebak keseluruh pelusuk Nusantara.

Di harapkan selepas ini umat di Pakistan pula akan bangkit sebagai kaum yang baharu dalam iltizamnya untuk menjadi umat yang mengingati kekuasaan Allah dan pemberianNya menerusi Islam. Kaum-kaum Muslim yang lain patut mengambil iktibar bahawa nama sahaja Islam tidak memadai untuk menjamin kesejahteraan hidup. Kita patut membaharui janji dengan Allah pada setiap kali solat dari awal subuh lagi. Islam bukanlah hak kami. Tidak akan terjamin di Akhirat kelak apa yang ada pada nama atau salasilah nenek moyang Muslim kita. Yang akan menjadi penghitung kelak adalah pada amal yang salih lagi ikhlas. Umat ramai negara Islam hari ini masih leka. Iran pula terkenal dengan sindiket pengedaran dadahnya di sini. Pendatang dari Indonesia pula dengan jenayah dan perniagaan tubuh manusia. Di Malaysia pula kita turut leka dan berpuas bahawa Islam kita adalah sempurna padahal terdapat banyak kezaliman yang berleluasa di sekililing kita tanpa kita sedari.

Janji Allah pasti. Akan dipertontonkan kepada kita semua tentang kealpaan kita. Air merupakan rahmat dariNya. Ia juga diguna sebagai bala yang paling berkesan sejak zaman Nabi Nuh a.s. lagi. Semoga kita mengambil pengajaran dan menerima apa yang Allah berikan.